Baru-baru ni, ada lah seorang sahabat tanya, camne nak pilih tayar kereta... iye, TAYAR KERETA...
adoi... ape la susah sangat, gi kedai kereta.. pastuh cakap nak tukar tayar... setel... haha... x de2... penulis x cakap camtuh.. penulis neyh x der la kejam sangat, walaopon dah terkejam dengan seseorang penting dalam hidup penulis... tapi tu len kali penulis cerita...
macam ni, tayar ni sebenarnye semua maklumat ada. cume kite pandai carik or x pandai carik... dekat tayar tuh ada tulis segala maklumat macam jenis, saiz, termasuk minggu dan tahun keluaran. sbenarnye semua orang buleyh tgk benda neyh, tapi kekadang tuh malas nak carik... adoi...
hurm... itu benda senang nak carik... skang nak cerita maksud no2 rahsia kat tayar kereta... contohnya, kat tayar tuh tulis 175/70R13 82H. Haaa, ape benda la pulak neyh kan... haha... sbenarnye, '175' tuh merujuk kepada lebar tayar atau jarak diukur dari satu sisi tayar ke satu sisi tayar yang lain dan unitnya pulak dalam milimeter. Senang cerita, makin besar no tuh, makin lebar lah tayar...
no '70' tuh pulak die nak cakap nisbah aspek (aspect ratio) tayar tuh... bahasa orang kite cakap ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar... errr.. cam x faham gak jer... macam neyh... dier tulis 70 kan... so lebar tayar tuh 70% daripada ketinggian tayar... hurm... kalau x silap la kan... biasenyer, kita akan tgk nisbah kat tayar tuh tulis 55 or 50 atau kebawah lagi la kan... normal la tuh... tayar2 yang nisbah die bawah 55 biasanya kita klasifikasikan sebagai tayar profile rendah. Tayar2 gini nak control (pengendalian) lagi bagus la tapi dari segi selesa tuh mungkin kurang skit...
okay, sambung, huruf 'R' tuh pulak melambang kan binaan tayar radial dan semua tayar kereta adalah radial sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu. Apa maksud tayar radial ni? haaa, tayar radial ni xde tiub dan memberi prestasi yang lebih bagus/elok/cun dari kereta yang ada tiub.
no '13' lepas R tuh pulak merujuk pada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar tuh masuk atau dimuatkan tanpa sebarang modifikasi. kalau nak tukar tayar lagi besar, rim pon kene lagi besar la kan... hehe..
haish... panjang pulak terang pasal tayar neyh... adoi... NO 82 kat tayar tuh pulak nak "pi tengok indeks"... sbb aper.. no 82 ni adalah no indeks keupayaan mengangkut berat oleyh tayar tuh. nak tay berapa berat yang boleyh ditampung oleyh 82 tuh, kene la rujuk "indeks keupayaan tayar" yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa. tapi mana nak cari indeks tuh, entah, penulis malas nak carik.. tapi sbb dah tulis 82 kan, jadi kite cite pasal 82 lah, 82 maksudnya tayar boleyh angkat maksimum 475 kilogram (EMPAT RATUS TUJUH PULUH LIMA), so, kita darab dengan 4, jadi lah 1900... maksud di sini... dengan 4 tayar yang ada label 82, tayar2 boleyh mengangkut berat maksimum 1900 KG... (475 x 4 = 1900 kg)
huruf 'H' kat ujung lak nak cakap maximum speed yang tayar tuh leyh tahan. nak mudah cerita
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y -300 km/j
fuuu.. tamat lah suday pasal tayar... panjang gile plak tulis... adoi.... hahaha...
harap maklumat ni membantuh....