COMING SOON!1!

Wait la... Kan dah kater coming soon!

COMING SOON!2!

Wait la... Kan dah kater coming soon!

COMING SOON!3!

Wait la... Kan dah kater coming soon!

COMING SOON!4!

Wait la... Kan dah kater coming soon!

Archive for May 2010

Hukum Tidak Terikat Dengan Mazhab

Soalan: Dr Asri, saya membaca buku Fekah as-Sunnah karangan Sayyid Sabiq. Saya amat tertarik dengan perbahasan buku tersebut yang mengambil kira pendapat berbagai mazhab. Tapi, kawan saya melarang membaca buku tersebut. Dia memberitahu saya bahawa pendapat yang tidak mengikut Mazhab Shafie adalah sesat. Saya keliru, sebab saya juga diberitahu buku Fekah as-Sunnah diterima di seluruh dunia. Bolehkah Dr Asri huraikan masalah ini?

Jawapan Dr MAZA:

Saudara, wajib bagi kita umat Islam menghormati imam-imam akidah dan fekah dari semua aliran mazhab Islam yang muktabar. Sikap menyesatkan aliran mazhab fekah yang lain adalah sikap fanatik dan melampaui batas. Merujuk kepada masalah yang dikemukakan, saya tegaskan perkara-perkara berikut;

1. Kitab Fekah as-Sunnah adalah rujukan yang baik. Ia ditulis oleh tokoh ilmuwan besar al-Imam Sayyid Sabiq r.h atas cadangan al-Imam Hasan al-Banna r.h. Tujuan buku tersebut ditulis antaranya untuk membebaskan sikap fanatik mazhab yang wujud dalam kalangan umat Islam. Sebab itu adanya kata aluan Hasan al-Banna pada buku tersebut. Sayyid Sabiq sendiri menjelaskan tujuan bukunya untuk menghapuskan taksub mazhab dan khurafat yang menganggap bahawa pintu ijtihad telah tertutup. Buku ini amat baik untuk bacaan. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Sebahagian hadis dalam buku diberi komentar oleh al-Albani dalam bukunya Tamam al-Minnah.

2. Bermazhab dalam fekah itu bukan satu kesalahan. Namun fanatik mazhab adalah menyanggahi syarak. Imam-imam mazhab yang mulia seperti para imam yang empat dan selain mereka melarang sikap fanatik mazhab. Fanatik mazhab dalam ertikata berpegang dengan sesuatu pandangan dalam masalah fekah secara keras dan enggan melepaskannya sekalipun dirinya mengetahui bahawa pandangan tersebut salah, atau tidak berasas atau lemah, atau menyanggahi dalil syarak yang lebih kuat dan ada pendapat lain yang lebih benar atau kuat.
Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman menyebut:

“Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang di sisi syarak. Ini kerana maksud taksub mazhab ialah seseorang beriltizam dengan pendapat tertentu dalam masalah syarak dan enggan berubah, sedangkan dalam masa yang sama –antara dirinya dengan Allah azza wajalla- dia sedar pendapat tersebut tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli fekah lain telah memberikan pendapat yang sahih. Namun dia meninggalkan pendapat yang sahih tersebut dan mempertahankan pendapat yang lemah lagi bertentangan dengan yang sahih. Ini sikap yang dikecam di sisi syarak, kerana seseorang itu wajib beramal dengan apa yang dia yakin benar dari segi dalil dan kesahihannya. Seseorang tidak boleh berpegang dengan sesuatu pandangan sedangkan dia tahu pandangan itu lemah, atau tidak sahih. (lihat: al-Ta’asub al-Mazhabi Atharuhu ‘Ala al-Mazahib al-Islamiyyah, http://www.al-forqan.net)
3. Mengikut sesuatu mazhab seperti Mazhab al-Syafi’i atau Hanafi atau Hanbali atau Maliki selain mereka dari kalangaan imam-imam yang muktabar bukan satu kesalahan, namun bukan juga satu kewajipan untuk seseorang menentu diri mesti sentiasa bermazhab tertentu. Seseorang muslim wajib menghormati para imam dan juga pandangan-pandang mereka. Namun, kita dilarang untuk taksub yang menghalang kita untuk meneliti atau memahami pendapat yang pelbagai dari mazhab-mazhab Islam tersebut.
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah ta’ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.( Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).
4. Beraliran mazhab tertentu seperti orang Malaysia beraliran Mazhab al-Syafi’i, Pakistan beraliran Hanafi, Morocco beraliran Maliki dan Saudi beraliran Hanbali, tidak menjadi masalah. Namun yang menjadi masalah keengganan untuk akur kepada dalil yang diyakini dan sikap sudah menuduh orang yang beraliran lain sebagai sesat. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al-Syar’iyyah meletakkan satu tajuk: Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?.
Beliau menyebut tiga pendapat. Namun beliau telah mentarjihkan (memilih) pendapat yang menyatakan tidak wajib. Kata beliau: “Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain.
Firman Allah: (maksudnya): “Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.” Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanya sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja.
Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh.
Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –seperti yang dijelaskan-. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya”. (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair).

5. Maka, elakkanlah fanatik mazhab. Dalam masa yang sama kita menghormati para imam mazhab atas limpahan kesarjanaan mereka. Dr al-Qaradawi menjelaskan:

“Kebebasan kita dari sikap keras dalam bertaklid dan taksub mazhab tertentu tidak bermaksud kita mencerca mazhab-mazhab, atau menghina kedudukan para imam r.ahum. Ini tidak mungkin untuk dilakukan oleh seorang muslim yang mencium haruman ilmu. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah mengarang kitab yang bernilai lagi masyur mengenai hal ini. Beliau namakan Raf’u al-Malam ‘an al-Immah al-A’lam yang mana diterangkan dalamnya keuzuran buat para imam apabila mereka meninggalkan hadis. Beliau menjelaskan bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang sengaja menyanggahi RasululLah s.a.w., atau cuba berpaling dari sunnah baginda yang thabit…Namun yang kita maksudkan kebebasan dari mazhab ialah: seorang ahli fekah tidak mengikat dirinya dengan ikatan yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Maka dia hendaklah mengambil pandangan dari mana-mana mazhab sekalipun, yang didapati lebih kuat hujahnya berdasarkan penilaian syarak”. (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir, m.s. 36).
Disiarkan pada May 21, 2010 dalam kategori Fatwa |

Tayar

Baru-baru ni, ada lah seorang sahabat tanya, camne nak pilih tayar kereta... iye, TAYAR KERETA...

adoi... ape la susah sangat, gi kedai kereta.. pastuh cakap nak tukar tayar... setel... haha... x de2... penulis x cakap camtuh.. penulis neyh x der la kejam sangat, walaopon dah terkejam dengan seseorang penting dalam hidup penulis... tapi tu len kali penulis cerita...

macam ni, tayar ni sebenarnye semua maklumat ada. cume kite pandai carik or x pandai carik... dekat tayar tuh ada tulis segala maklumat macam jenis, saiz, termasuk minggu dan tahun keluaran.  sbenarnye semua orang buleyh tgk benda neyh, tapi kekadang tuh malas nak carik... adoi...

hurm... itu benda senang nak carik... skang nak cerita maksud no2 rahsia kat tayar kereta... contohnya, kat tayar tuh tulis 175/70R13 82H.  Haaa, ape benda la pulak neyh kan... haha... sbenarnye, '175' tuh merujuk kepada lebar tayar atau jarak diukur dari satu sisi tayar ke satu sisi tayar yang lain dan unitnya pulak dalam milimeter.  Senang cerita, makin besar no tuh, makin lebar lah tayar...

no '70' tuh pulak die nak cakap nisbah aspek (aspect ratio) tayar tuh... bahasa orang kite cakap ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar... errr.. cam x faham gak jer... macam neyh... dier tulis 70 kan... so lebar tayar tuh 70% daripada ketinggian tayar... hurm... kalau x silap la kan... biasenyer, kita akan tgk nisbah kat tayar tuh tulis 55 or 50 atau kebawah lagi la kan... normal la tuh... tayar2 yang nisbah die bawah 55 biasanya kita klasifikasikan sebagai tayar profile rendah.  Tayar2 gini nak control (pengendalian) lagi bagus la tapi dari segi selesa tuh mungkin kurang skit...

okay, sambung, huruf  'R' tuh pulak melambang kan binaan tayar radial dan semua tayar kereta adalah radial sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu.  Apa maksud tayar radial ni? haaa, tayar radial ni xde tiub dan memberi prestasi yang lebih bagus/elok/cun dari kereta yang ada tiub.

no '13' lepas R tuh pulak merujuk pada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar tuh masuk atau dimuatkan tanpa sebarang modifikasi.  kalau nak tukar tayar lagi besar, rim pon kene lagi besar la kan... hehe..

haish... panjang pulak terang pasal tayar neyh... adoi... NO 82 kat tayar tuh pulak nak "pi tengok indeks"... sbb aper.. no 82 ni adalah no indeks keupayaan mengangkut berat oleyh tayar tuh. nak tay berapa berat yang boleyh ditampung oleyh 82 tuh, kene la rujuk "indeks keupayaan tayar" yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa.  tapi mana nak cari indeks tuh, entah, penulis malas nak carik.. tapi sbb dah tulis 82 kan, jadi kite cite pasal 82 lah, 82 maksudnya tayar boleyh angkat maksimum 475 kilogram (EMPAT RATUS TUJUH PULUH LIMA), so, kita darab dengan 4, jadi lah 1900... maksud di sini... dengan 4 tayar yang ada label 82, tayar2 boleyh mengangkut berat maksimum 1900 KG... (475 x 4 = 1900 kg)

huruf 'H' kat ujung lak nak cakap maximum speed yang tayar tuh leyh tahan.  nak mudah cerita
S  - 180 km/j
T  - 190 km/j
U  - 200 km/j
H  - 210 km/j
V  - 240 km/j
Z  - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y  -300 km/j

yang boleyh tahan lagi tinggi dari tuh... cari yang tulis ZR

fuuu.. tamat lah suday pasal tayar... panjang gile plak tulis... adoi.... hahaha...

harap maklumat ni membantuh....

Open source dan Free Software

Dalam dunia komputer neyh... orag slalu keliru... menggunakan macam ideologi untuk menerangkan "open source" dan "free software" yang mana kedua-dua nyer ada sedikit perbezaaan...

Jadi artikel ni adalah tuk orang yang agak2 nak tau ape beza "Open Source" dan jugak "free software".  Kite akan tgk camne diorang neyh agak2 serupa, dan agak2 berbeza gak r kot.  Hihi...  dan kalau ade orang pernah dengar pasal 'GPL', maybe akan terang skit kot dalam neyh...

okay...  jom mule perbincangan.  first skali cite psal open source, bile dengar open source, jangan pikir pasal lesen (license), tapi pikir pasal RND (research and developement) atau development methodology, susah gak nak terang bahasa melayu neyh.  Just bayangkan yang source code (source code neyh segala kod2 komputer atau programming yang digunakan tuk hasilkan satu software) boleyh dapat dimana-mana.  Source code yang boleyh kita tgk, lihat, alter, ubah2 suka ati oleyh sapa2 je yang nak ubah.  Haaa, ini la yang intipati open source yang berbeza dengan antonim nyer closed atau tertutup...  open source ni ada source code yang dibuat terbuka kepada khalayak ramai untuk digunakan macam mana yang diorang nak... lain dari source code yang tersembunyi macam source code windows. atau pon anologi lain, x der la resepi tersembunyi macam resepi pepsi yang diorang simpan dan x konsi ngan orang ramai.

Eric S. Raymond dalam buku yang bertajuk 'The cathedral and the bazaar' menceritakan macam mana open source development berbeza dengan classic software development model.  Model Cathedral (cathedral model, classic IT methodology), menyatakan ada satu golongan yang diorang ni jer tau pasal source code sesuatu software dan diorang jer leyh alter2 sofware tuh.  Model bazaar (bazaar model), menceritakan cara yang digunakan tuk develop software cam linux dan software open source lain yang ada kat dunia neyh.  Source code sume orang leyh gune dan sesapa nak amek pon boleyh...  x de masalah kat situ..

Skang ni free software plak, bile dengar pasal free software, sumer orang ingat ingat "harga percuma".  Biasa la tu, dah kate free=percuma, x der la kene bayar kan, dan mmg ramai orang anggap macam neyh. sampai kekadang tuh biler dengar orang cakap ada barang percuma kite pikir "cool gile, x yah keluar satu sen pon duit poket aku".  Tapi hakikat nyer x der r macam tuh sangat pon.  ada gak free software yang kene bayar pada tahap tertentu (xder la free sangat kan)

kriteria yang diperlukan tuk menjadi free software seperti yang dinyatakan dalam pelbagai website dan jugak GNU society adalah

1) pengguna bebas untuk menggunakan program untuk apa2 sahaja kegunaan
2) pengguna berhak mengkaji cara program berfungsi dan mengubah cara program itu berfungsi mengikut kehendaknya, so, source code kene la bagi kan.
3) pengguna boleyh mengedarkan program tersebut tuk memudahkan orang lain
4) pengguna boleyh dan berhak mengedarkan program yang telah dimodified kepada orang lain, jadi, sume orang leyh gune program yang telah dimod tuh untuk kebaikan bersama...

adoi... cam payah nak nampak jer beza dier... haa.. jap... kat bawah ni penulis masukkan satu diagram yang aalnya daripada Chao-kuei dan satu yang telah edit taku2 x nampak yang menerangkan pasal beza2 software neyh...
 Gambar Asal

 Gambar edit dengan paint


mesti korang pelik kan... asal la penulis x masukkan gambar ni awal-awal...

sbb nye adalah malas nak jawab pasal 'copylefted' , 'Shareware' dan istilah istilah lain dalam neyh.... kalau da orang nak tau... sila lah comment dan maybe penulis dengan hati yang tabah dan rajin akan menerangkan maksud sume perkataan tuh...

so camtuh la lebih kurang... papehal nak tanye.. email lah penulis... hehe... kalau ade email la kan... kalau x de... komen jer kat sini... kite bawak berbincang...

Komputer Yg Rosak

Assalamualaikum...

titiba penulis ada lagi benda nak tulis...

macam ney... tadi tgh sronok2 buat something... housemate dengan x der angin x der ribut datang bilik... "aku nyer komputer x ley on" kate housemate tersebut..

adoi... time2 nak relaks la dier nak datang...

pastuh berfikir, sronok gak kalau tgk komputer neyh... lame gak x tgk...

so bermula lah acara meng'diagnose' komputer tuk tgk aper masalah...

jadi penulis pon bertolak ke bilik housemate tersebut dengan bersenjatakan sebatang pendrive.. tapi rupenyer pendrive tuh x der gune sbb x leyh nak on pon komputer...

okay... x per... then penulis pon gi lah bilik housemate agi sorang tuk pinjam screw drebbar... screw drebar neyh digunakan untuk menaggalkan screw kat external hardisk 3.5 (yang besar tuh) penulis sbb nak masukkan hardisk penulis dekat desktop hhousemate penulis tuh...

jadi dah bukak,gi plak kat komputer housemate. bedah komputer dier, bawak keluar hardisk, and then masukkan harddisk penulis...

dan titiba boleyh ditect plak hardisk penulis...

so dekat sini penulis pon simpulkan bahawa hardisknya telah rosak... haha... aper bleyh wat... kalau SATA cabel rosak boleyh gune spare... tapi hardisk rosak... hurm... aper bleyh wat... so terpaksa la korbankan 931 GB movi dan cerita (dalam hardisk penulis) untuk diberi kepada housemate (format hardisk tuk masuk komputer dier)... haish... hari yang sangat ntah paper...

x dapat study tuk exam... tapi bagus jugak komputer masalah... ilang buhsan di minggu peperiksaaan ini... hihi... peace...

First Post

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

errr... kekok skit nak menulis ney sebenarnya... al maklumlah... penulis baru nak menceburi bidang memblog ney...

adoi... knaper la susah sangat nak blog... mungkin x biase meluahkan isi perasaan dekat orang lain kot...

tapi kan... kalau ikowtkan... blog neyh bukan tempat tuk luah perasaan jer...

ade yang tulis tentang cinta, ada pasal business, ada pasal kereta, dan lain2.... so, penulis ase la kan... penulis nak tulis pasal komputer, kereta dan ape agi ek.... personal life kowt..

haha... jangan gelak kan penulis, penulis pown manusia, ade ke patut seorang sahabat kate penulis neyh "cold hearted"...

mungkin dier belum mengenali jiwa penulis yang sebenarnya kowt... hurm... betul3x...

tapi itu lah... nak wat camner... aper yang diorang nampak, itu lah yang diorang cakap...

so mmg penulis neyh "COLD HEARTED" la yer... haha...

dah2 ngarut... stakat ini jer first post ari neyh...

sekian...